Wednesday, June 8, 2011

gelabah di depan????

assalamualaikum...
alhamdulillah ari rabu da arini...Allah masih lg bg kesempatan utk menghirup udara segar utk membetulkan kelemahan2 diri.. (skema x?)x sgt kan..hahaha

baru je lepas kelas arab..penat sungguh..bukan merungut..tp nak lepaskan lelah..

begini la kehidupan seharian,kelas dari pkl 8 pg- 7 mlm..kadang2 badan tu mengamuk dgn akal..akal kata sabar...badan kata penat sangat..
terpaksa la mencari kekuatan dari org2 malaysia..minx diberi semangat..
ya ALLAH berilah ku kesabaran dan kekuatan utk meneruskan perjuangan..kau berkatilah ilmu ku ini agar ku bleh berbakti pd umat islam yg laen..insyaALLAh..itu la impian ku..

apa yg gelabah di depan ni??
ari ni bg tazkirah kat depan lecture..
jd sangat la gelabah...tgn menggigil2..x tau la nape..
mungkin da lama x bersuara di depan..
tp itulah cita2 falah,nak sebarkan ilmu islam yg indah ini 1 hari nanti..
so,falah kumpulkan segala kekuatan utk bersuara di depan..
practise make perfect

falah bincangkan psal apa??cuba teka??
falah x lah banyak ilmu..masih cetek ilmu ini..
cuma ingin berkongsi ilmu yg ada,agar sume sahabat dpt amalkannya..

falah membincangkan tentang aurat...
tp falah specific skit kali ini..aurat menghadap ALLAH..
time tu ada je bdk2 laki..tp falah kata,ilmu ni berguna jgk
sbb 1 hari nnti..mereka bakal ada isteri..
kerana lelaki yg dayus apabila,isterinya melakukan kesalahan..tp dia x tgur..

so aurat ketika solat..
ia ibarat kita nak isi borang nak dapatkan biasiswa..
lau borang tu kata nak 2 gambar..nak ic
kita akan selagi boleh nak lengkapkan..
lau xde gambar,malam ni jgk kyte g amik gambarkan..

mcm tu la pemakaian kyte ketika solat...
lau kyte rasa pemakaian kyte lengkap ketika solat,
maka pemakaian itu jgk lengkap tutup aurat nak jmpa orang ramai..

mcm x pham..
ok,falah jelaskan di sini..
kyte titik beratkan di perempuan..
sebagaimana bdk2 medic mesir,yg kelasnya direct..
kyte sume akan solat,dgn pemakaian kyte seadanya kan..
tanpa telekung..
so kyte kena tau sempuna ke x..bleh kyte bwk solat...

dlm surah An Nur ayat 31
dan hendaklah mereka tutup tudungnya hingga ke dadanya..
(ni sebahagian dari ayat)

so kyte kena tgk la tudung kyte,jarang ke x..
syaratnya tutup hingga ke dada kan..
lau jarang,nampak leher..
ckup x syarat? kyte kan tgh isi borang nak masuk syurga..
so kena la lengkap..
ni baru isi borang nie... :)
tudung tu jgk,biar la tutup ke dada..
kan lbeh manis..sikit2 kyte brubah krn ALLAh
utk mndapat khusnu khotimah (kebaikan di akhir nanti)

hadis nabi:

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

H.R. Ibnu Ady

nabi jgk bersabda,ahli ibadat yg jahil..
maksudnya:
syaitan akan berusah menghasut org yg jahil itu beramal ibadat sebanyak mungkin..
tp x pernah berusah utk perbaiki ilmu ibadatnya..
xpnah nak update..
sdangkan laptop masing2 nak update n ak terbaru..
kenapa kyte x updat ilmu agama kyte..
ce cbe ce cbe..insyaALLAh..indahnya..
kyte akan rasa nikmatnya..

akhir kalam
surah al-kahfl ayat 28

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran

surah al Baqarah ayat 195:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

jangan la kyte terlalu mencintai dunia hingga takut pd mati..
berusahalah kyte utk brubah sdikit demi sdekit krn ALLAH..
x salah kan..

Wallahutaala'alam

TERTUTUP JGN TERLALU JUMUD,TERBUKA JGN TELALU HANYUt


No comments:

Post a Comment