Tuesday, July 3, 2012

LaKsA..

LakSa... nyam3 <3 <3

arini ada org minx tlg  ajarkan laksa
so sbb baru pas exam OnG maka dgn rajinnya tulis di blog ni..hehehe



Disebabkan sini mesir..so guna bahan2 yg ada kt mesir je la..

Bahan-bahan (kuah) 10 orang
1 kg ikan makerel
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum  (lau ada)
1 biji bunga kantan – dibelah dua (mesir confirm xde)
Garam dan gula
Bahan-bahan lain
Laksa xde kt sini so ganti dgn spagethi
Beberapa biji telur rebus yg anda suka..
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara
  1. Rebus spagethi sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan makerel  dan asingkan isinya daripada tulang. 
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi

Selamat mencuba!!!
Tegakkan ISLAM dalam diri kamu,nescaya ISLAM akan tertegak di bumi kamu
TERTUTUP jangant terlalu JUMUD...TERBUKA jangan terlalu HANYUT..



1 comment:

  1. waAaa untung org tu ada kwn pandai masak..errgh

    ReplyDelete