Tuesday, July 3, 2012

LaKsA..

LakSa... nyam3 <3 <3

arini ada org minx tlg  ajarkan laksa
so sbb baru pas exam OnG maka dgn rajinnya tulis di blog ni..hehehe



Disebabkan sini mesir..so guna bahan2 yg ada kt mesir je la..

Bahan-bahan (kuah) 10 orang
1 kg ikan makerel
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum  (lau ada)
1 biji bunga kantan – dibelah dua (mesir confirm xde)
Garam dan gula
Bahan-bahan lain
Laksa xde kt sini so ganti dgn spagethi
Beberapa biji telur rebus yg anda suka..
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara
  1. Rebus spagethi sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan makerel  dan asingkan isinya daripada tulang. 
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi

Selamat mencuba!!!
Tegakkan ISLAM dalam diri kamu,nescaya ISLAM akan tertegak di bumi kamu
TERTUTUP jangant terlalu JUMUD...TERBUKA jangan terlalu HANYUT..



Friday, June 22, 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...

Alhamdulillah..akhirnya menaip jgk di ruang yg berdebu dan bersarang ni.. ketika sebok stdy nak exam end round of tropical medicine..hati ni cuba mencari sesuatu utk menenangkan jiwa ni.. takut dan risau,final exam yg jgk hampir.. rasa2 falah nk share bnda ni..moga bermanfaat..


Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa -apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah, siapa-siapa membacanya selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta'ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.

Menurut satu riwayat berkata Syed Muhammad Haki, pengasas wirid khaujakan dia telah mengajarkan selawat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali dalam masa lapan hari; maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.

Fadhilatnya:-

* Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
* Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
* Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
* Barangsiapa membaca selawat ini 4,444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan akhirat.

Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua di dunia da akhirat..amin ya rabb
ISLAM ITU INDAH
TERBUKA JANGAN TERLALU HANYUT,TERBUKA JANGAN TERLALU JUMUD
-dr petunjuk kejayaan-

Thursday, January 19, 2012

rezEki....

Assalamualaikum...xde apa nk tulis..tp just nk tulis rezeki falah berpuasa arini..

alhamdulillah..nikmat..walaupun kelas hingga pkl 6, tp mcm2 makanan org bg td utk berbuka..
haha.. yaALLAH..syukur diberi sahabat begitu..

mula2 falah terfikir jgk,nk buka apa nnti dlm kelas..tringin la nk beli flutes wat berbuka..tp malas tol kaki ni nk bergerak di library..mata masih tertumpu di buku tp fikiran da melayang..yaALLAH byknya x stdy lg...knp mkin hari mkin malas..

rasa iman pun mkin goyah...ada jgk niat2 nk berbuka pose sunat arini..tp alhamdulillah..diberi kekuatan smpi la waktu buka..

sjak sakit aritu,lama jgk x bertahajjud..tp alhamdulillah ALLAH beri peluang utk bertahajjud n berpuasa..

dok leka baca buku ttbe org pssst... lmbt skit naikkan kepala..rupanya ain.. ain kata nah..terkejut ain bg kek droo...hahaha..mekaseh ain..sdangkan ain pun pose..

msuk kelas pun..ttbe yusma bg asam jawa gula n huda bg apam balik.. alhamdulillah.. rezeki..hehehe..

itulah mahabbah..besar pahala kyte lau kyte bg org puasa mkn tau...
jgn kyte kedekut2 dgn harta yg kyte ada..
ayah kata...rezeki yg kyte ada x semestinya utk kyte sje. mungkin ALLAH berikan utk org laen melalui kyte..

ISLAM ITU INDAH

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kpdnya kehidupan yg baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kpd mereka dgn pahala yg lebih baik dari apa yg telah mereka kerjakan. "
16 :97

renung2kan dan selamat beramal.. :)

sdap utk wat berbuka pose


tq huda



ni yusma bg..jgn terliur..


tgh bincang dlm kelas..


cek mek yg falah wat..ttbe berubah angin..errr..penat!!

TERBUKA JANGAN TERLALU HANYUT,TERBUKA JANGAN TERLALU JUMUD

Thursday, January 12, 2012

ILMU...


Assalamualaikum..

alhamdulillah..lama betul x tulis..mmg tringin nk update..tp agak kesibukan waktu klinikal ni..
tjuk atas pun da tau kan..ttg ilmu..eceh..ttbe tulis balik,citer ttg ilmu..

sbb nape kan,manusia itu ibarat ksong lau xde ilmu..nk jd dr pun kena ada ilmu..lau xde ilmu,maen bdah je apa la jd kt org tu..

contoh pling mudah,waktu dlm perut pun dr kata kyte da ada ilmu...ilmu apa?? suckling..baby knows already,without we teach them..waaa.. hebat nya ciptaan Allah..



dlm surah Al-Baqarah ayat 32..

Allah berfirman : "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yg telah Engkau ajarkan kepada kami ; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

ilmu itu sume drpd ALLAh..dan kyte sbgi khalifah di muka bumi,mesti mempunyai ilmu utk teruskan perjuangan Rasulullah.. mcm mana kyte nk berjuang tanpa ada ilmu di dada??

dlm kitab Imam ghazali ada tertulis..

ilmu tanpa amal gila dan amalan tanpa ilmu itu sia2...

"kadang2 kyte tgk,manusia itu punya ada ilmu..tp dia x amalkan sperti dia blaja..bg dia ilmu itu hanya segulung ijazah utk mndapat kerja.."

"dan kdang2 kyte fikir xperlu kyte blaja ttg ilmu agama sume,tu serahkan pd mereka2 yg patut la.."

huh~kalau sume org berfikir sbgitu,smpi bila islam nak berjaya??? kyte mengaku kyte islam..tp pnah kyte cuba kenal apa itu islam??

mungkin kyte rasa kyte je fikir camtu,sdangkan seribu org lg berfikir camtu.. jika sentiasa ingin di zon selesa..tanpa ada penat lelah..anda x kan dpt rasa nikmat kejayaan itu..

bumi ini makin tua,kalau kyte sndri tiada ilmu.. bagaimana kyte nk org sekeliling kyte berilmu..
dlm 1 hadis ini :
Dari Uqbah bin Amir r.a berkata :Bersabda Rasulullah s.a.w " carilah ilmu sebelum lahir org2 yg suka mempertikaikan nilai agama"

rasa2 bumi yg tua ni,da ada ciri2 org yg mempertikaikan tu..

so marilah kyte bertindak cepat,carilah ilmu agama,sbgi mana kyte cari ilmu medik,ilmu engineer dsb...

fikir2 kan...

contohnya..jika seorang lelaki nak berkahwin..tp tidak punya ilmu munakahad..bgimana nak bimbing si isteri dan anak2??kyte kata kyte cinta pd dia..apa mkna cinta,jika kyte xdpt bimbing mereka ke arah kebaikan?? tnda syg kyte pd dia,dgn memberi segela kehendak dia dan menghatar dia ke arah kehancuran??? tepuk dada tnya iman.. isteri itu tanggungjwb suami..
selagi kamu x tgur si isteri,dosa mereka atas kamu.. klau rasa2 bahu kiri tu berat je.....erm...hehehe

si isteri pula,tiada ilmu bagaimana pula nak mendidik anak2nya??bagaimana nk jd isteri solehah??pakai pakaian yg tidak menutup aurat.. kyte rasa " lantak la kubur laen2"

haha..tp saudari..spe yg mandikan n kafankan bila saudari meninggal.. mandi sendri~ kafan sndri~

drpd Abu Hurairah berkata.Rasulullah s.a.w berkata : apabila matinya anak adam maka terputus segala amalannya kecuali 3 perkara :

1)sedekah jariah
2)ilmu yg bermanfaat
3)doa dari anak yg soleh.

jika kyte tgk hadis ni..3 3 perkara kyte perlu ada ilmu..

jika kyte ada ilmu yg bermanfaat,dan kyte menyampaikan org laen..dan org laen menggunakannya..maka pahala kyte akan berterusan..

Rasulullah s.a.w telah bersabda

"ilmu itu ada 2 jenis : ilmu yg ada dlm hati (disertakan amal) maka itulah yg bermanfaat ; dan ilmu ( yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal ), maka itulah ilmu ( yang menjadi) hujah Allah (utk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam" -riwat Ibu Syaibah dan Al-Khatib

bagaimana nak dpt anak yg soleh??maka ibubapa perlu jd soleh dan solehah..timba la ilmu..

"carilah ilmu hingga ke negeri china " :)


ada dlm hadis nabi : sampaikan lah sesuatu walau sepotong ayat..

kalau ckp psal ilmu,smpi esk pun x abeh kot..
islam itu mudah,tp jgn kyte amik mudah sgt.. fikir2 kan


TERBUKA JGN TERLALU HANYUT,TERTUTUP JANGAN TERLALU JUMUD.