Sunday, April 11, 2010

Teman Sejati

Assalamualaikum..

alhamdulillah..semalan baru je falah selesai exam mid term..
falah x mau ckp pasal exam mid term kat sini..

tp..

falah nak bincangkan mengenai SAHABAT SEJATI..
sebenarnya,da lama jgk la falah rasa nak wat post tentang sahabat ni..
cuma kekangan masa.huhuhu

rasa2..da lama falah x duduk semeja dgn kwn baik falah..
x borak dgn dia..
rindu menjenguk di hati ini..
tp apa kan daya..
kesebokan masing utk mengejar ilmu yg ada.

membataskan masing2 meluangkan masa bersama-sama.
tp diri ini tidak pernah lupa si dia..
walaupun di dalam kuliah kami sering duduk bersama..
tp mata lebih tertumpu pada buku
dari membiakan kami menghabiskan masa tanpa makna..
walaupun pada suatu ketika mataku melirik padanya..
dan terdetik di hatiku rindunya pada sahabat ku ini..
teringat pada kisah lama..

senda gurauan yg menggelikan hati..

tp apakan daya..
kesebokan masing-masing membataskan kami berbicara bersama..
kalau dulu,
aku sakit dia org pertama disisi ku..
kalau dulu, aku sedih dia org pertama menggembirakan aku.
dia la sahabatku..
tp kini..

sakitku biar diri ini rasai sndri.

sedih di hati,
biarku lemparkan dgn snyuman yg manis..

hanya ALLAH yg mengetahui..
betapa rindunya aku pada sahabat ku ini..



sebelum exam..
sebok2 kami tgh mentelaah pelaran smbil2 tunggu doktor dtg,falah pun cuba menarik perhatian farhana..knon2 nak borak sebentar.saje kacau kekusyukan dia blaja..huhu

falah : farhana,awak free x mlm ni?

farhana :x kot..

falah:(jujurnya,kata hatiku)awk g mne mlm ni?

farhana : g sokong along n fida ada netball.. (kebetulan universiti tgh mengadakan sukan perubatan cawangan iskandariah)

falah : sejak bila awk pndi tgk netball ni?? (konon2nya nak menyakat la)


jawapan dia...farhana snyap membatu..kusyuk meliha buku.. (aduh dia x jwb la plak...trkono den)

cubaan kali ke2...


falah : farhana nanti sy lawan futsal..awak datang tau!!!sokong sy..


farhana : xnak....


(aduh..falah pulak trdiam..:( sedih mendengar jawapan..walaupun falah tau tu cuma gurauan..pada muka falah...spe swuh kacau org stdy..elok falah smbung stdy)
ptg smlm falah igt nak call farhana..hati ni terdetik nak call dia..nak swuh dia dtg tgk perlawanan futsal akhwat mlm smlm..nak swuh sokong falah..tp,terlupa plak..

mlm tu,waktu falah kt court,ada org call..eh farhana la...

falah : Assalamualaikum farhana : Waalaikumusalam..awak kt mne nie??awak lawan futsal kan.. falah:ye2..awk x nak dtg tgk ke?? farhana : insyaALLAh sy dtg..sy tggu along n fida..tp x janji tau..
falah pun jenguk dan jenguk..x dtg kot bdk ni..lg pun falah lawan last skali..

ttbe..assalamualaikum falah...waalaikumusalam..
huhuhu..farhana dtg la!!

alhamdulillah..walaupun skejap je kami jumpa..sbb falah sebok dgn perlawanan..tp tu da cukup bagus..sbb kwn baik dia akan sntiasa ada ketika kyte susah n snang..
bukan time senang je dia ada..time susah dia sebok lari...

ptg td...farhana bg ym..(penulis ada menapis2)huhu

farhana : Simati mentalqinkan sihidup.

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yg mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba2 Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjwabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk utk mentalqin; aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yg mati(hati yg mati) mentalqin org yang hidup (hati yg hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi s.a.w: "Perumpamaan org yg mengingati tuhannya dgn org yg tidak mengingati tuhannya adalah seumpama org yg hidup dan org yg mati.(hr Bukhari)

falah :tq dtg smlm :)

farhana :owh..ok..hehe..hbat r falah.mcm main bola sepak

falah : jom kit0 keluar..

Nurul Farhana: dah2,cuba cakap bahasa baku.awak mahu ajak saya ke mana

falah: saya fikir mahu mengajak awak keluar kemana sahaja yang awak suka..boleh atau tidak,saudari??

Nurul Farhana: mengapa,apakah tujuan anda mahu membawa saya keluar?adakah untuk membeli sesuatu?


falah: tujuan saya,untuk merapatkan ukhwah fillah.tidaklah..cuma ingin mengikut saranan kerajaan.meluangkan masa bersama keluarga,pada cuti hujung minggu


Nurul Farhana: oh,begitu!


falah : bukan.begini~haha


Nurul Farhana: baiklah,saya menyahut seruan salam satu malaysia!

falah :bilakah saudari percuma?ops..saya silap...hahahaha

Nurul Farhana: saya tidak pernah percuma,apatah lagi jualan murah.tidak ada diskoun.eh,diskaun


falah :diskoun pun boleh.maksud sy

Nurul Farhana: saya


falah: bila saudari ada masa lapang?

Nurul Farhana: tolong tulis dengan betul


falah: ops.sy silap lagi.biasalah..manusia,mudah alpa...haha.khilaf sy

Nurul Farhana: sebagai pelajar perubatan,jadual seharian saya sentiasa padat dan penuh serta sempit malah lebih sempit daripada ikan sardin yang berhimpit-himpit di dalam tin.walaubagaimanapun,demi saudari,mungkin saya akan cuba menguis-nguis masa yang ada untuk bersama saudari seketika.saudari mahu keluar pada waktu bulan mengambang atau matahari terik?


falah:pada bila-bila masa pun saya sudi.mungkihkah saya merasa ikan sardin itu?


Nurul Farhana: baiklah,jikalau begitu,kendatipun
falah: kemungkinan besar,ada bau-bauan atau tidak?

Nurul Farhana: ikan sardin segar dari laut masin mediterranean pak mat menjala siang tadi.tidak perlu ragu-ragu akan kesahihan dan kehalalannya.yakin boleh,pasti boleh!hidup pak mat!!maaf,agak emosi seketika.

falah :haha.tiada apa


farhana :kesimpulannya,ke manakah saudari mahu pergi dan bilakah mahu melaksanakan perancangan 2010 itu?


falah :terpulang saudari

ni yg kami borak2 ptg td..akhirnya xde kata putus lg..tp agak kelakar..da membuatkan falah tergelak2 ptg td..da lama kami x borak mcm ni..

bagi falah,smorang perlu teman dan sahabat..
oleh itu,kyte kena jaga sahabat kyte baik2..
jgn kyte terlalu pentingkan diri..sbb kyte hidup di dunia bukan seorang..
oleh itu,kyte kena memikirkan perasaan dan hati org laen..
jgn terlalu suuzon (buruk sangka) krn sesungguhnya manusia itu tidak sempurna..
sebelum kyte mencari kesalahan org laen,kyte lihat kyte di cermin..
dan tnya..CUKUP SEMPURNAKAH DIRI INI??
btul kyte x pnah wat salah??
siapakah pencipta kita?dan siapakah pencipta dia??

Hai orang-orang yg beriman jauhilah kebanyakan dari PRASANGKA ,sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan jangalah kamu MENCARI-CARI KESALAHAN orang lain dan janganlah sebahagian kamu MENGUMPAT setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati??(Jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu,patuhilah larangan-larangan yg tersebut) dan betakwalah kamu kepada ALLAH ; sesunggunya Allah Penerima Taubat,lagi Maha Mengasihani. Surat Al-Hujuraat,ayat 12..

oleh itu,kyte sebagai sahabat..kena la give and take...jgn kyte take je..
hidup ni ibarat pentas.. dan kyte sume pelakonnya..oleh it,kyte kena byk2 sabar... :)
jgn cepat melenting dan melatah..krn kawan kyte x sempurna..
walaupun seberapanya byk kyte x puas hati dgn sahabat kyte ni..jgn kyte canangkan kesalahan dia pada org laen..sbb..klau betul,kyte ibarat mengumpat..dan kalau salah kyte ibarat fitnah..
tau kan apa dosa fitnah..lebeh baik kyte bunuh je kwn kyte tu..baru puas hati.. (amaran!!jgn ikut bunuh tu..contoh sahaja..huhu)

Dunia Yang Sepi
Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

ingatlah!!!kwn kyte boleh cari beribu2..tapi sahabat..bukan sume insan boleh..
kalau kyte dapat seorang sahabat tu,,jgn sia2kan dia..kerana dia juga insan bergelar manusia..yg mempunyai hati dan perasaan.. (apa igt dia robot ke??hati batu?so..amaran..bila bergurau pun.ada batasnya..kadang2 kyte sahabat kyte tersenyum..tp kyte x tau kan isi hati dia..mula la jurangnya) berhati2 la bila berkata2..krn lidah tu x betulang..kata2 tu lebeh tajam dari pedang atau lembing atau pisau tau parang ke..huhu

x salah falah..falah x brp igt ni hadis nabi atau pepatah arab..wallahualam..

kalau kyte berkawan dgn penjual minyak wangi,dapatlah kyte bau wangi tu.. kalau kyte berkawan dgn penjual besi bruk,dapatlah kyte bau besi bruk tu.. (so,kyte nak bau yg mne 1??pilih2)

kyte kena pandai pilih utk mencari sahabat kyte..kyte mencari seseorang yg mengarah kyte melakukan kyte ke arah kebaikan.walaupun bkn secara lisan..tp cara gaya dia pun kyte da insaf.
dan dapat mempertingkatkan diri kte..istiqomah la kyte berubah krn ALLAh..sesungguhnya kyte ini x sempurna..

so,klau kyte nak kawan beribu pun kawan lah.xde spe nak larang ..tp igt..

Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya. HR. Ahmad

Teman Sejati

Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui
Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Illahi

Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita


nice shot x??huhu

batu ni farhana jmpa dkat petra..waktu kami jln sma2.penat tu!!

I’VE HEARD IT SAID
THAT PEOPLE COME INTO OUR LIVES FOR A REASON
BRINGING SOMETHING WE MUST LEARN
AND WE ARE LED
TO THOSE WHO HELP US MOST TO GROW
IF WE LET THEM
AND WE HELP THEM IN RETURN
WELL, I DON’T KNOW IF I BELIEVE THAT’S TRUE
BUT I KNOW I’M WHO I AM TODAY
BECAUSE I KNEW YOU…

LIKE A COMET PULLED FROM ORBITAS IT PASSES A SUN
LIKE A STREAM THAT MEETS A BOULDER
HALFWAY THROUGH THE WOOD
WHO CAN SAY IF I’VE BEEN CHANGED FOR THE BETTER?
BUT BECAUSE I KNEW YOU
I HAVE BEEN CHANGED FOR GOOD …

IT WELL MAY BE
THAT WE WILL NEVER MEET AGAIN
IN THIS LIFETIME
SO LET ME SAY BEFORE WE PART
SO MUCH OF ME
IS MADE OF WHAT I LEARNED FROM YOU
YOU’LL BE WITH ME
LIKE A HANDPRINT ON MY HEART
AND NOW WHATEVER WAY OUR STORIES END
I KNOW YOU HAVE RE-WRITTEN MINE
BY BEING MY FRIEND…

LIKE A SHIP BLOWN FROM ITS MOORING
BY A WIND OFF THE SEA
LIKE A SEED DROPPED BY A SKYBIRD
IN A DISTANT WOOD
WHO CAN SAY IF I’VE BEEN CHANGED FOR THE BETTER?
BUT BECAUSE I KNEW YOU…

"Tertutup jangan terlalu jumud,terbuka jgn terlalu hanyut"

Wallahutaala 'alam

No comments:

Post a Comment