1hb April, sesetengah daripada kita begitu taksub dengan budaya barat yang sebenarnya mempunyai kisah peritnya yang tersendiri.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
Kalau sesiapa yg menyerupai atau menyeru sesuatu kaum itu,maka mereka tergolong di dlm kaum itu
"Tertutup jgn terlalu jumud,terbuka jgn terlalu hanyut"
Waallahutaala a'lam
diberitakan cerita yang disampaikan ini tidak tepat.
ReplyDeletekatanya April Fool wujud 50-100 tahun selepas kejatuhan ummat Islam di Sepanyol.
Boleh dibaca artikel itu di:
1. http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html
2. http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html
wallahu'alam
ana da kemukakan petikan di atas dari risalah fikrah..
ReplyDeletetime kasih mengingatkan..
tp ada hadis kan mengatakan Kalau sesiapa yg menyerupai atau menyeru sesuatu kaum itu,maka mereka tergolong di dlm kaum itu..
mungkin ada kekurangan dari petikan yg ana ambil di atas.cuma ana nak ingatkan,bahawa kyte x perlu la ikut2 barat ni..