Friday, June 22, 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...

Alhamdulillah..akhirnya menaip jgk di ruang yg berdebu dan bersarang ni.. ketika sebok stdy nak exam end round of tropical medicine..hati ni cuba mencari sesuatu utk menenangkan jiwa ni.. takut dan risau,final exam yg jgk hampir.. rasa2 falah nk share bnda ni..moga bermanfaat..


Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa -apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah, siapa-siapa membacanya selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta'ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.

Menurut satu riwayat berkata Syed Muhammad Haki, pengasas wirid khaujakan dia telah mengajarkan selawat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali dalam masa lapan hari; maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.

Fadhilatnya:-

* Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
* Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
* Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
* Barangsiapa membaca selawat ini 4,444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan akhirat.

Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua di dunia da akhirat..amin ya rabb
ISLAM ITU INDAH
TERBUKA JANGAN TERLALU HANYUT,TERBUKA JANGAN TERLALU JUMUD
-dr petunjuk kejayaan-